Tuesday, September 20, 2011

Konvokesyen

Salam.. hai semua.

Lima tahun lepas, iaitu pada tahun 2006 adalah kali pertamanya aku menjejakkan kaki di UKM Bangi. Masa tu ikut mak dan abah hantar abang aku balik ke UKM. Masa tu abang aku tahun dua, FSSK. Mulai dari tu la, aku berazam nak skor dalam STPM sebab nak jejakkan kaki di UKM jugak.


Aku cuba track balik gambar-gambar lama masa tahun satu, masa orientasi tapi sayangnya dah tak de. Tak sempat buat back up sebab memory card dari handphone lama  Nokia 6300 (Nokia sabun) dah corrupted masa tahun satu lagi. Gambar dalam friendster pulak tak sempat saved sebab friendster dah jadi avatar game. Cuma ni sahaja gambar tahun satu yang ada dalam simpanan.

gambar sebelah kiri: aku dan nad ke MINES serdang. Fiza yang tangkap gambar.
gambar sebelah kanan: aku dan fiza masa sambutan kemerdekaan kolej zaba, ogos 2007.


Dalam gambar sebelah kiri tu; aku, Fiza dan Nad ke The Mines, Serdang sebab kami nak cari rak untuk letak barang dalam bilik. Setengah mati angkut bawak balik rak tu dalam komuter, naik turun tangga kat komuter lagi. Aku masih simpan lagi rak tu. Sayang nak buang walaupun ada sedikit cacat pada kaki rak.

rak terbabit: sekarang ni jadi tempat letak router wi-fi kat bilik ketiga di rumah aku.

Aku cuma ada simpan masa pendaftaran di UKM, 1 Julai 2007. Waktu tu yang ikut hantar aku ; mak, abah, abang apit, keluarga mama (pakcik) - mama, mami, fazlee, syikin.


hari kejadian

depan pintu bilik blok C1, 005.

masa pendaftaran: 1 Julai 2007



Masa dapat surat tawaran UKM, Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua rasa nak cancel terima tawaran sebab tempoh pengajian ialah 4 tahun! Pejam celik, pejam celik cepat je 4 tahun berlalu. Habis dah kehidupan di UKM. Habis juga status bergelar mahasiswa/ mahasiswi. Walaupun aku tak dapat grad dengan pointer yang sangat baik, tapi aku bersyukur sebab dapat habiskan pengajian 4 tahun tanpa sebarang masalah. 








gambar: status semakan pengesahan konvo dan semakan sidang


Masa seolah-olah terhenti masa aku di tahun 3. Aku dah tak ada momentum untuk belajar. Waktu itu memang dugaan yang sangat genting ditambah rasa sedih tengok kawan-kawan lain yang sama intake (tapi berlainan fakulti dengan kos 3 tahun) dah nak graduate. Nak berpatah balik pon tak boleh, nak berhenti pulak rasa rugi. Aku tawakal je teruskan untuk habiskan tempoh setahun. Alhamdulillah bila tempoh siap kajian Latihan Ilmiah (mini tesis) dan selesai pembentangan, terasa beban tu dah berkurangan. 


Insya Allah aku akan konvo pada 27 September 2011, sidang terakhir 1.30 petang-5.00 petang di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, DECTAR. Mungkin si dia akan datang pada hari tersebut kalau tak ada syif pada hari tersebut.

Simpati dengan 2 orang rakan sekelas yang terpaksa extend atas sebab tertentu. Tak seronok weh kalau takde kawan-kawan satu batch kalau kena extend. Apa-apa pun selamat maju jaya diucapkan kepada Rina dan Ali. 

Aku masih lagi dalam perancangan mencari kerja. Sebenarnya dah dapat. Jawatan yang agak baik sebagai eksekutif tapi masalahnya pekerjaan aku terlibat bersubahat menguruskan mesin judi. Tak mengapa la, mungkin Allah nak duga aku. DIA akan beri yang lebih baik sekiranya aku menjauhi perkara yang dilarangNYA. Rezeki haram yang subur di dalam perut, maka tak munasabahlah subur api neraka menjilat daging yang subur dek rezeki yang haram itu.

Sekian sahaja buat catatan kali ini. Selamat maju jaya. Salam.

0 comments:

Post a Comment

What's your perspective?