Monday, December 5, 2011

Mesyuarat is Meeting

Salam. Hai semua.

courtesy Google picturee


Pernah pergi mesyuarat tak? 
Apa fungsi mesyuarat?

Mesyuarat tak lain tak bukan untuk berbincang perihal masalah berbangkit, untuk perah idea dan minta pendapat, capai kata sepakat dan macam-macam lagi la ikut kreativiti sendiri.Walau bagaimanapun, mesyuarat bukanlah medan untuk menghentam, mentibai, melaser, berhujah dan apa-apa benda yang negatif.

Kalau rasa nak buat benda-benda negatif tu, tolong jangan duduk dalam mesyuarat. Kebarangkalian untuk korang dibenci, dikritik, dikutuk, diumpat dan dijentik dahi ( figuratively) adalah tinggi. Tak payah nak tunjuk "good-good" sangat bentangkan usul dan minta pendapat orang. Lepas tu bila orang bagi pendapat, boleh pulak nak buat modal untuk berhujah dengan orang tu. Berhujah selagi mau untuk patahkan pendapat orang yang respon. Akhir sekali, pakai pendapat korang je. Syok sendiri, mesyuarat pun jadi bosan-nak-mapoh-sebab-kau-je-betul. Kalau perangai macam tu, tak payah dok dalam mesyuarat. Gi je buat benda lain. Boleh?

courtesy google picture

Masalahnya, aku selalu jumpa dengan orang yang macam ni. Lagi-lagilah masalah sebab aku tak boleh nak fight balik dengan orang jenis ni disebabkan faktor "superiority", atau "influence". Orang ni, yang aku jumpa dalam 24 tahun aku hidup, selalunya diorang macam rasa terancam. Rasa "insecure" kejadah tak tau pasaipa.

Jadi penyelesaian terbaik untuk melupakan rasa kemeluatan kat orang macam ni dalam meeting, apa korang akan buat?

courtesy Google picture


*kalau aku, aku akan main SMS je. tak pon, tak pon... maki je dalam twitter. seminit satu twit.

2 comments:

What's your perspective?