Salam.
Hai semua.
![]() |
| courtesy Google image |
Jadi pensyarah memang bagus.
Tapi yang tak bagusnya bila pelajar mula mintak nombor telefon. Telefon bimbit la, dah tentunya.
Yang tak laratnya, tengah-tengah malam yang sejuk tengah feeling tidur pukul 12 tengah malam- 1 pagi dapat mesej yang macam ni..
"Miss, esok kelas dekat mana? Esok jadi ke lecture?"
Kalau kes yang macam ni, memang aku tak melayan la SMS tu. Sebab aku pun kena tunggu hari Isnin untuk tau flow jadual kuliah untuk minggu tu. Tu semua kerja staff HEP untuk susun jadual. Jadinya, kau tunggu je la hari Isnin pagi naik tingkat 3 untuk tengok jadual.
Tu tak pe lagi. Kena pulak student yang nak luah masalah yang berat-berat. Memang aku ngelabah. Bukan aku tak mau ambik tau. Tapi masalahnya aku pun tak tau macam mana nak selesaikan. Sebab utamanya, aku ni muda lagi tak pernah encountered dengan pengalaman ekstrem macam yang student aku luahkan.
Pukul 10.30 pagi sikit lagi student tu nak mai office room aku ni. sekarang dah 10.09 pagi. Apa aku nak kaunselingkan nih? Clueless la ngeng. Apa aku nak cakap? Aku pun tak tau nak bagi kata putus.. Hadoiiiii masak ler aku. . MASAK!
Student aku ni ada masalah dengan ayah dia. Dah 2 tahun tak bercakap dengan ayah dia dek masing-masing ego. Kalau cuba berbaik pun lastly akan bergaduh. Student aku rapat dengan pakciknya yang dia anggap macam ayah dia. Kat pakcik ni je la dia berbual, luah perasaan atau masalah. Baru-baru ni pakciknya meninggal. Time pakcik dia meninggal, dia tengah drove girlfriend ke KLIA. So he wasn't there bila pakcik dia nazak dan menghembuskan nafas terakhir.
Atau aku patut bagi nasihat macam ni je?
![]() |
| courtesy Google Picture |


0 comments:
Post a Comment
What's your perspective?